Thursday, February 26, 2009

3 PINGAT DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM BESUT

Bunyinya macam mengecewakan tetapi hakikatnya para atlit telah mencuba sedaya mungkin.Tahniah kepada kontingen yang dapat menguruskan peserta dengan jayanya.

KURSUS EDUWEBTV DI SMKKB

Makmal multimedia menjadi venue berkumpulnya semua guru media daerah Besut untuk mengikuti kursus selama 2 hari sebanyak 3 siri.24 peserta akan menghadiri kursus berkenaan setiap siri.

klik link ini untuk EDUWEBTVBESUT
http://eduwebtvbesut.blogspot.com/

Monday, February 16, 2009

KELABNEWS: Final Badminton 2009

Setelah 3 minggu bermain dengan penuh strategi,percaturan dan teka-teki akhirnya tamatlah Kejohanan Badminton antara Kumpulan SMKKB 2009.Sudah terang lagi bersuluh, tepat jam 11.05 malam pasukan "S" mengesahkan juara setelah mengalahkan pasukan "T" dengan mata 2 set berbalas 1 sementara pasukan "K"(diramalkan juara) hanya mampu mengapai tempat ke3 setelah mendapat kemenangan percuma di set 'penentu'ke atas pasukan 'J'.TAHNIAH kepada pasukan yang menang ( semua pemenang tiada pengalah ).Terima kasih kepada penyumbang arang ( Che Awe )-Sos ( Kantin,Jama n Sakri)-ikan (Juki dan zzaman)-bekalan pengadil n air ( U6 n GPK1) serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.TQ ALL.Dari kita untuk kita.


Thursday, February 12, 2009

TIPS-sempena bulan sahsiah pelajar

Tips Untuk Menjadi Terkenal Di Kalangan Teman.
Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakan sekolah anda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan: Aktif dengan pelbagai aktiviti Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai. Menjadi seorang yang peramah Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja. Pendengar yang baik Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu. Jadilah diri kamu sendiri Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya. Hindari tekanan Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya. Peranan mata Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya. "''"Bicara penuh semangat ketika berbicara Jangan malu-malu untuk memulakan perbualan. Pilih topik yang menarik untuk dibincangkan. Cuba elak topik yang membosankan. Orang yang mempunyai semangat yang tinggi ketika berbicara biasanya mempunyai ramai rakan kerana cara mereka itu memudahkan orang lain untuk mendekati mereka. Berketrampilan Imej diri perlu dijaga. Dengan itu penampilan diri mesti hebat atau sedap mata memandang. Imej yang baik akan menyebabkan ramai teman suka mendampingi kita. Bak kata pepatah Inggeris, Dont judge a book by its cover. Namun secara umumnya imej luaran individu menjadi cerminan kepada personaliti dalamannya. Jadi sekiranya imej anda agak buruk, disarankan agar ditukar segera. Ketawa penawar jiwa Dengan ketawa hati akan melupakan segala masalah. Jadi jangan biarkan rakan kita bersedih. Kalau boleh cuba wujudkan suasana gembira untuknya. Cuba hiburkan rakan kita yang bersedigh itu supaya kembali ceria. Tapi jangan sampai anda buat lawak bodoh pula. Muka biar manis Wajah yang sentiasa manis dan ceria akan menjadikan anda mudah didekati. Elakkan berwajah masam mencuka. Apabila kita berwajah manis, rakan-rakan kita akan turut merasa gembira apabila mendekati kita. Jadi senyum. Seperti kata pepatah, senyum itu sedekah

TARIKH KERAMAT 2009

JADUAL TARIKH - TENGOK YANG RELEVAN SAHAJA

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan bagi tahun 2009 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM. Manakala Majlis Peperiksaan Malaysia pula telah mengeluarkan jadual peperiksaan untuk STPM dan MUET. Semoga ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis 8 – 10 September 2009

PMR – Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis 7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009


SPM – Sijil Pelajaran Malaysia
Amali 20 – 22 Oktober 2009
26 – 27 Oktober 2009
Ulangan 23 – 24 Jun 2009
Ujian Bertulis 19 November – 16 Disember 2009

STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan 13 – 24 Julai 2009
Ujian Bertulis 19 – 21 Oktober 2009

STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan 15 – 17 September 2009
28 – 30 September 2009
Ujian Bertulis 18 November – 10 Disember 2009

MUET – Malaysian University English Test
Pertengahan Tahun Akhir Tahun
Ujian Speaking 5 – 7 Mei 2009 6 – 8 Oktober 2009
11 – 13 Mei 2009 20 – 22 Oktober 2009
Ujian Bertulis 25 April 2009 7 November 2009