Saturday, July 26, 2008

QUIZ..KUIZ..siri 1

Kuiz ini terbuka kepada seluruh penduduk dunia tanpa mengira bangsa,negara dan agama.Caranya cukup mudah : Teka sahaja siapa punya mata dibawah ini.Taipkan nama pemilik mata ini mengikut turutan di 'shout box' ....nama yang betul amat diperlukan.Tarikh tutup Kuiz 1 ini adalah bila ada yang dapat menjawabnya dengan betul.CLUE: GURU DI SMKKB .Selamat mencuba.





RAJA BUAH ...oh pulut durian

Alkisahnya ... berbekal la seorang memanda menteri dengan 23 biji durian didalam bonet kereta untuk dibuat jamuan kepada para warga.Kegusaran ketidakcukupan bekalan itu maka berangkatlah ia mencari lagi--lagi dan lagi durian akhirnya 3 bakul besar ditemui dengan modal sendiri + sedikit disumbangkan maka 5 kilo pulut(tak cukup lagi tu) + 4 kilo santan + hirisan manisan + gula + teh o ais ....jadilah JAMUAN PULUT DURIAN untuk seluruh warga staf SMKKB.
Terimakasih GPK 1,GPK HEM,Pengetua,guru terlibat menyumbang,pihak kantin dan yang utamanya semua staf yang berjaya menghabiskan 4 bakul besar buah durian.Terimakasih daun keladi...

CERAMAH ISRA' MI'RAJ



Unit Dakwah dan Surau SMKKB telah mengadakan sambutan sempena peristiwa yang telah berlangsung (+ -1400) tahun yang lalu.AlFadhil Ustaz Hj Azhar bin Yusof selaku penceramah jemputan telah menyempurnakan ceramahnya pada jam 12.55 diikuti dengan 10 soalan dan dibalas dengan 10 hadiah saguhati disampaikan kepada para pelajar yang berjaya menjawabnya.Tahniah Unit Dakwah dan Surau SMKKB yang dapat menjalankan aktiviti dalam suasana harmoni yang terkawal.

Monday, July 21, 2008

KEM KECEMERLANGAN SIRI 1 SIDANG PETANG

SESI PETANG di bawah pengurusan Puan GPK Petang telah mengadakan Kem tersebut bermula pada 13 Julai hingga 17 Julai.Tujuannya untuk mendedahkan pelajar kepada format peperiksaan sebenar.Untuk siri 1 ini hanya 4 kelas terlibat iaitu 1K1 , 1S1 ,2K2, 2K3.Diharapkan pelajar dapat mengambil manafaat daripada kem tersebut.

PMR : KEM PERKASA

Kem Perkasa untuk membantu meningkatkan kecemerlangan PMR 2008. Dibawah bimbingan guru-guru yang berpengalaman menjadi pemeriksa kertas, pelajar dapat memahirkan diri menjawab soalan PMR.

SELAMAT DATANG CIKGU

Beberapa orang guru telah melapor diri sepanjang Julai ini.Semoga kehadiran cikgu akan memantapkan lagi SMKKB. Selamat bertugas.

KELABNEWS: Bowling oh Bowling

Ranking terkini bowlers SMKKB dikemaskini selepas '10 man tournament' diadakan pada 20 Julai 2008 di Pacific Bowl KB Mall.

PERKHEMAHAN@CAMPING 2008

Berlokasikan kem di kaki Gunung Tebu,2008 memilih KEM LATA BELATAN menjadi medan 231 orang peserta bersama 24 'helpers' dari semua pasukan unit beruniform berkhemah selama 3 hari.Aktiviti yang mendapat sokong bantu daripada unit JPA 3 , Jurulatih Pusat Ko Terengganu Cawangan Besut dan tentu sahaja dari seluruh warga SMKKB bermula dari Khamis 17 Julai dan tamat pada tengahari Sabtu 19 Julai 2008.
Ini hanyalah sebahagian kecil kenangan di Kem...gambar-gambar lain boleh diperolehi dalam bentuk CD.Sila hubungi Cikgu Kamaruzaman Senik.


KEPUTUSANNYA :
MERENTAS HALANGAN (L): 1. KRS 2. ST JOHN AMB
MERENTAS HALANGAN (P): 1. PKBM(U) 2.ST JOHN AMB
JALAN LASAK (L): 1. PKBM(U) 2.ST JOHN AMB
(P): 1. PKBM(U) 2.PANDU PUTERI
ORIENTERING (L): 1. ST JOHN AMB 2.KRS
(P): 1. PENGAKAP 2. RANJER PUTERI
MEMASAK (L): 1. PKBM(U) 2. KADET BOMBA
(P): 1. KRS 2. PUTERI ISLAM
KHEMAH TERBAIK (L): 1. KADET POLIS 2. PENGAKAP
(P): 1. PUTERI ISLAM 2. PKBM(U)
KEBUDAYAAN : 1. PKBP 2. PKBM(U)

PASUKAN TERBAIK KESELURUHAN (L+P) = 1. PKBM (U) 2. ST JOHN AMBULANCE
PESERTA CONTOH : (L) : ISMAIL MOHAMAD - PKBM(U)
(P) : NOR BAIZURA - ST JOHN AMBULANCE

TAHNIAH DAN JUMPA LAGI DI TAHUN 2009 ( tu pun kalau ada budget )

Labels:

Wednesday, July 9, 2008

SESI berposing untuk majalah BERMULA




Seperti tahun-tahun sebelumnya sesi ini kembali lagi...semestinya dimulakan dengan para guru TUNJANG SMKKB .Lihatlah seketika sesi ini.


SUDUT LENSA LAIN



2008 dan peristiwanya ... sebahagian dari gambar yang dikumpulkan dari lensa kamera yang berbagai: merakam detik-detik peristiwa..
ada rentas desa
ada mesyuarat
ada sambutan hari guru
ada taklimat tingkatan 6
ada aksi PKBM(U) di Pertandingan Peringkat Kebangsaan di PUTRAJAYA
ada ada ada ada
ada macam-macam ...