Thursday, June 19, 2008

MAKAN LEMBU LAGI ...kesyukuran

Sebagai satu cara mengucapkan TERIMAKASIH dan KESYUKURAN di atas kerjabuat dan kesejahteraan 2008.SMKKB mengadakan jamuan kesyukuran dengan menyembelih seekor lembu untuk dikongsi bersama seluruh warga SMKKB.Dibawah teraju Tuan Pengetua dan GPK 1 bersama majlis tadbir serta kelab guru dan kerjasama kantin , majlis potong lembu kali kedua di 2008 ini menjadi kenyataan.Dimulakan dengan penyembelihan dan melapahnya di rumah GPK 1 pada malamnya sebelum dibawa ke sekolah untuk dijadikan :
singgang , goreng , bersama sayur , sambal , buah , seluruh staff SMKKB bersyukur.
( * tiada p&p tergendala dan berjalan seperti biasa )
Yang nak dapatkan resepinya klik link ini

Wednesday, June 18, 2008

TEMU MURNI PMR,SPM,STPM


Rabu 18 Jun 2008 - Dewan SMKKB sekali lagi menjadi medan pertemuan para ibubapa/penjaga pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam 2008 untuk melaksanakan wadah perkongsian kecemerlangan.Para ibubapa didedahkan dengan isu-isu semasa, pengenalan e-disiplin dan perjumpaan dengan guru kelas anak masing-masing.Sambutan baik mencerminkan ibubapa menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan SMKKB dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.Semoga berjaya.