Thursday, March 26, 2009

MAULIDUR RASUL

Unit Dakwah mengadakan sambutan dengan ceramah sejarah kelahiran nabi junjungan.Warga SMKKB mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zaki yang sekali lagi memberikan masanya untuk berkongsi sejarah.Pertandingan 'scrap book'terbaik dan melukis 'banner' diadakan dan keputusannya lihatlah gambar siapa yang menang dia ambil hadiah.

SELAMAT PENGANTIN BARU



Warga SMKKB mengucapkan selamat menempuh hidup baru kepada Ahmad Tajudin dan NurAkma.Kelab Keluarga SMKKB menyumbangkan hadiah nilaian RM100 beserta penginapan percuma di mana-mana destinasi dalam Malaysia.Semoga cepat-cepat menimang orang ketiga.

Labels:

PMR09 : Sedikit untuk yang cemerlang

Selepas TOV, calon-calon PMR 2009 diberi sedikit hadiah berdasarkan pencapaian matapelajaran terbaik.
2009 MASA MEMBUKTIKAN SMKKB CEMERLANG.

ROSAK LAGI

SMKKB mengalami sedikit kerosakan dan perluka bantuan segera ...TOLONG ...

Labels:

FAREWELL to ZIRA

Seorang staf pejabat telah bertukar dari SMKKB ke Labuan di atas tuntutan keluarga.Warga SMKKB mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru.

Saturday, March 7, 2009

KELABNEWS: Membeli beli BERHEMAH di Rantau Panjang

Sabtu, 7 Mac - Program khusus untuk ahli wanita ini julung kali diadakan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menjana ekonomi setempat.Rombongan berbas ini bertolak seawal 8.45 pagi di SMKKB - berehat seketika di Kg Temila Pasir Puteh sebelum menuju ke destinasi Rantau Panjang.Bebas membeli tanpa gangguan suami akhirnya separuh bas dipenuhi dengan barangan yang diborong.Terima kasih kepada ahli yang mengambil bahagian.'Salute' la komitmen ahli-ahli.

Labels: , ,

Thursday, March 5, 2009

GOTONG-ROYONG PERDANA

6 MAC 2009 - Bukan kerana semata-mata arahan tetapi kesedaran tentang kebersihan sekolah menjadi agenda pagi jumaat.Guru-guru bersama pelajar bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah disamping sebahagian lagi menghasilkan mural untuk keceriaan SMKKB.Seluruh Terengganu berganding bahu membersih dan menceriakan negeri.Terima kasih kepada semua guru / staf yang hadir.

Labels: , ,

Wednesday, March 4, 2009

KELABNEWS: BOWLING ' 09

Kejohanan bowling antara ahli Kelab Keluarga SMKKB telah melabuhkan tirainya bagi 2009.Keputusan luarjangka mewarnai senario kejohanan 2009.Bowler-bowler pilihan gagal mengekalkan tempo dan akhirnya juara-juara baru muncul mengisi senarai penerima hadiah.Tempahan 20 lane di Mutiara Bowling Centre KB dipenuhi sejak pintu centre dibuka lagi.Terima kasih di atas komitmen ahli (yang x ada tetap x ada la).Antara keputusannya:
Pemain paling awal memakai kasut bowling : MR U 6 ( 10.11 pagi)
Pemain paling < jatuhan pin 1 frame : MR ZAHARI
Pemain paling < jatuhan seluruhan : MR YULAIMI
Keluarga paling bergaya : MR FAIZU ( jenama baju yang dipakai sama "POLO")
Pemain terbaik frame 1 : MR ZAFRI (176 pin)
Pemain terbaik frame 2 : MR AZAHA CYBER (168 pin)
Pemain terbaik frame 3 : MR RIZAL PTG (182 pin)
Pemain terbaik keseluruhan : MR SHAHIDAN (434 pin)
Pemain Wanita JOHAN BERSAMA : 1. MDM Siti Fatimah
1. MDM Chua Khim Kin
3. MDM Chua Khim Phai
4. MDM Suwaibah
5. MDM Zariha


Kumpulan terbaik : 1.
2.
3.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KOOPERASI SMKKB,BUBU RESORT PP,SAUDARA NAIM,SUPERMAS,PEMUDA UMNO BESUT,MUTIARA BOWLING CENTRE diatas penajaan hamper-hamper dijohanan kali ini.TERIMAKASIH DAUN KELADI.(bateri kamera habis la x dpt banyak gambar)

Sunday, March 1, 2009

WATIKAH PENGAWAS 2009

TARIKH: 1 MAC 2009
di DEWAN BESAR SMKKB