Thursday, May 22, 2008

MOTIVASI BERSAMA........

TANPA MOTIVASI SEMANGAT MELAYU AKAN LAYU
SMKKB dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan para siswazah universiti telah mengadakan kem motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam 2008.Para siswazah daripada semua universiti di Malaysia telah bergabung tenaga memotivasikan pelajar supaya jejak menara gading dapat membuka mata dan minda pelajar SMKKB. TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Amanat EXCO

Pasukan PKBM (U) lelaki dan perempuan telah berjaya mewakili Terengganu ke Pertandingan Kawad Malaysia di Putrajaya .Sebelum pasukan ini berlepas ke sana, Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Dr Abd Rahman sempat meluangkan masa untuk menyaksikan sendiri demo dari pasukan ini sebelum menyampaikan amanat kepada kedua-dua pasukan yang akan mengalas harapan negeri dan [ sebenarnya ] telah mengharumkan nama SMKKB di persada negara.

Sunday, May 18, 2008

WE DID IT AGAIN- n -AGAIN

TAHNIAH
Pasukan Kadet(UDARA) : PKBM(U)lelaki dan perempuan
telah muncul JOHAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
yang diadakan pada 17 Mei 2008 dan akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan di Putrajaya.

Tuesday, May 13, 2008

HARI GURU 2008



GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada AHAD 18 Mei 2008.Diantara tentatif hari tersebut.
*Pembacaan perutusan
*sukaneka
*anugerah guru cemerlang undian pelajar/guru.
*persembahan pentas(tertunda)
*jamuan kesyukuran.


Labels: ,

JOHAN LAGI

Pertandingan Kawad Kaki antara unit beruniform Daerah Besut 2008.Pasukan Kadet Udara Diraja Malaysia SMKKB menjadi JOHAN kategori lelaki dan perempuan.Akan mewakili Daerah Besut ke Pertandingan Kawad Kaki Negeri.Semoga akan berjaya ke Peringkat Kebangsaan.

Labels:

Wednesday, May 7, 2008

KELABNEWS: BOWLING 2008

Kelab Keluarga SMKKB mengadakan 'Bowling Competition' sirkit 1 terbuka kepada warga SMKKB beserta keluarga bertempat di KB MALL Bowling Centre.Penyertaan yang amat menggalakkan dan pertandingan yang penuh dramatik memperlihatkan 'juara-juara' yang disebut-sebut telah kecundang dek balingan pemain-pemain novis.Suasana gege riuh pertandingan telah menjadikan KB Mall Bowling Centre menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung. Kepada yang menang ITULAH NASIB dan yang kalah JANGAN GUSAR KITA ADA 2nd Competition Julai nanti

PROGRAM TAKLIF

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKKB dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program TAKLIF di SMKKB.Program yang menghimpunkan ibubapa/penjaga pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam 2008 bersama pelajar-pelajar telah memberikan satu dimensi baru tahap kesedaran tentang pentingnya elemen 'kekeluargaan' untuk mencapai cita-cita akedemik dan sahsiah pelajar.Hadir sama adalah pegawai-pegawai Motivasi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang mengendalikan program.
Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program TAKLIF yang amat memberi kesan ini.Semoga para pelajar dapat memanafaatkan kesan program ini.

Labels: , ,

KELABNEWS: Badminton VS SMKNS

Persahabatan antara guru dieratkan lagi apabila pasukan badminton lelaki Kelab Keluarga SMKKB menerima kunjungan Kelab Kite SMKNS untuk perlawanan persahabatan yang berkesudahan SMKKB MENANG bergaya.TQ



Bergayanya pasukan SMKKB menewaskan pasukan SMKNS.

Sunday, May 4, 2008

SYUKURLAH

Malam Kesyukuran Kejayaan.Malam meraikan kejayaan menjadi JOHAN Pesta Bola Baling bawah 18 tahun lelaki MSSMBesut 2008.Terima kasih diatas kegigihan anak-anak pelajar SMKKB yang mengharumkan nama sekolah.Kejayaan ini akan terpahat dilipatan sejarah sukan sekolah.
Terima kasih kepada ALUMNI SMKKB (anggota yang hadir Cikgu Faizu dan Cikgu Marzuki)yang menyumbangkan tajaan jamuan 'special chicken chop ' di Bukit Keluang Beach Resort Besut Terengganu.Turut hadir adalah GPK Pentadbiran, GPK Ko kurikulum , Pengurus Kontingen Bola Baling SMKKB beserta jurulatih.TAHNIAH dan SYABAS.